Mr. Slim Grape
0 comments


CHAPTER 2



NURIESHA mula bosan menemani kakaknya seperti tunggul kayu . Tiada apa-apa yang boleh dia lakukan. Sekali-sekala dia menyampuk perbualan Nurizyana dan kekasihnya . Dia malas nak bersuara banyak , mesti akan ada perang mulut dengan kekasih kakaknya itu . Lebih baik dia mendiamkan diri sahaja . Nuriesha memandang sekeliling kedai makan tempat yang selalu dijadikan tempat pertemuan Nurizyana dengan kekasihnya itu. Dia mengeluh .

         “Kak , Sha nak pergi jalan-jalan jap ek ?” Nuriesha bangun dari duduknya.


         “Ha ? Sha nak pergi mana pula ?” tanya Nurizyana.


          “Saja nak jalan-jalan , taknak la ganggu kau orang pula.”

          “Eleh ! Cakap jelah kau jealous !” perli Feddy.


         “Kau diamlah !” marah Nuriesha.

          “Mengaku sahajalah,” ujar Feddy.

          “Dah , dah. Kau orang ni pantang , jumpa sahaja mesti gaduh. Tak boleh ke kau orang berbaik ?” tanya Nurizyana kepada Nuriesha dan Feddy. Dia pun pelik , kenapa adiknya dan Feddy selalu sangat bergaduh.


         “Apa-apa jelah !” lantas Nuriesha bangun dari duduknya .


        “Nanti akak dah nak balik , call Sha tau.” pesan Sha sebelum dia mula melangkah keluar dari kedai tersebut.


“GERAMNYA ! Kenapalah aku yang kena ikut kakak jumpa dengan mamat bengong tu ?” Nuriesha melepaskan geram sebaik sahaja keluar daripada kedai makan tersebut.  Terkumat-kamit dia melepaskan geram. ‘Lepas ini , jangan harap aku nak teman kakak lagi !’ getusnya di dalam hati. Tiba-tiba , dushh !

          “Oii ! Kau letak mata dekat mana haa ?! Tak nampak ke aku tengah jalan ini haa ? Lain kali , mata tu jangan letak kat lutut !” sembur Nuriesha kepada lelaki yang melanggarnya itu.

          “Wei, makcik ! Siapa langgar siapa ? Kau yang jalan tak pandang depan pastu nak marah aku pula !” balas lelaki itu balik.

          “Huh ! Kau jangan nak salahkan aku lah ! Kalau betul aku jalan tak pandang depan sekalipun , apahal kau tak cuba elak aku !” balas Nuriesha tak nak mengalah.


          Sebenarnya , dia tahu itu salah dia. Memang dia yang tak pandang depan semasa berjalan tadi . Dia hendak minta maaf kepada lelaki itu tetapi dia ‘ter’sembur pula lelaki itu . Semuanya disebabkan marah dia kepada Feddy Azriel , dia ‘ter’marah pula dekat mamat ini . Adoilah hai !

          “Kau ni ! Memang nak kena dengan aku ek ? Kau yang langgar aku sampaikan air aku tertumpah pada baju aku !” tengking  lelaki itu.


          Nuriesha terdiam , dia tidak perasan pula kesan tumpahan pada baju lelaki itu . Memang lelaki itu ada tertumpahkan airnya  tetapi tidak disangkakan pula air yang lelaki itu pegang  tumpah dan terkena pada baju lelaki itu.

          “Apahal kau diam ? Dah tahu ini salah kau ?” suara lelaki itu mula dikendurkan lagi-lagi dia perasan orang ramai sedang melihat pertelingkahan mereka.


          “Dahlah , malas aku layan lelaki macam kau ni ! Baiklah aku chow dulu,” ujar Nuriesha.


          Dia malu dan ego nak mengaku kesalahannya . Lagipun , ini bukanlah kesalahan dia seratus peratus. Yalah , takkan lelaki itu tidak boleh mengelak dia masa itu ?


          “Oii ! Aku tak habis cak ..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya . Dia dipeluk seseorang dari belakangnya.


          “You ! You nak pergi mana ni ? Eh , kenapa kotor baju you ni ?” tanya gadis yang memeluk lelaki itu dengan suara yang sengaja dimanjakan.


          Nuriesha yang memandang , terasa seperti hendak termuntah melihat perempuan itu. Cepat-cepat dia berlalu lagi-lagi bila dia perasan jelingan dari perempuan tak cukup kain itu. ‘Eleh , ingat aku nak ngorat boyfriend dia la tu. Memang sesuai betullah mamat ini dengan minah tak cukup kain itu.’ Nuriesha melangkah pergi. 


‘ADUH, macam mana ini ? Aku penat-penat larikan diri daripada minah gedik ini . Alih-alih dia dapat kejar aku. Semua minah yang langgar aku itu punya pasal ! Kalau tak memang aku dah dapat larikan diri dah tadi ! Kenapalah minah ini nak langgar aku masa ini juga ? ‘ keluh hati Tengku Azeerul . ‘ Tetapi salah aku juga, aku tak perasan minah tu masa cuba nak larikan diri daripada Syaznie dan akhirnya aku terlanggar dia.’ bisik hatinya lagi. Dia hanya memandang gadis yang dilanggarnya pergi.


          “You !” jerit Tengku Syaznie apabila dirinya tidak dihiraukan Tengku Azeerul . Dia perasan akan lirikan mata Tengku Azeerul yang asyik memandang ke arah gadis yang telah berlalu pergi itu.


          Jeritan Tengku Syaznie membuatkan Tengku Azeerul tersentak. Cepat-cepat dia menolak tangan Tengku Syaznie yang masih kejap memeluknya.


          “Lepaslah ! Kau ini menyibuk betullah ! Dahlah pakai baju tak pernah tak cukup kain ! Apa miskin sangat ke kau ? Nama je Tengku !” sindir Tengku Azeerul .


          Dia memang  langsung tak berkenan dengan perempuan pilihan mamanya ini. ‘Entah macam mana perempuan ini boleh tahu aku ada dekat sini,’ getus Tengku Azeerul didalam hati.


          “You , jom teman I pergi shopping ?” ajak Tengku Syaznie.


          “Pergi shopping ? Kau pergi seorang sahajalah ! Aku nak balik !” laju Tengku Azeerul meninggalkan Tengku Syaznie terpinga-pinga sendirian.

BERSAMBUNG ..